" Ya Allah, jika dia benar untukku,
Dekatkanlah hatinya, dengan hatiku,
Jika dia bukan milikku,
Damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu..."
Tanpa aku sedar, hatiku, jiwaku telah jatuh cinta pada seseorang. Hampir sekian lama aku pendamkan perasaan ini. Hatiku tidak tenteram, gelisah, tertanya-tanya adakah perasaan ini hanya mainan semata-mata. Semakin aku cuba untuk melupakannya, semakin aku sukar untuk melupakannya. Allahhuakbar... susah untuk aku melawan perasaanku ini. Mengapa Ya Allah, Mengapa? Mengapa begitu sukar untuk aku melawan semuanya. Aku sedar semua ini maksiat hati Allahhurabbi..
Mengapa aku suka padanya? Mengapa aku jatuh cinta padanya? Mengapa? Puas aku mencari jawapannya, sehingga aku sendiri tidak mengetahui apa yang membuatkan aku jatuh hati padanya. Mungkinkah sebab perwatakan dia? Mungkin sebab kehandsomen dia ke? Atau pun mungkinkah sebab kedudukan dia? Wallahhuallam.. Segala-galanya aku serahkan pada Allah. Hanya dia yang mengerti apa yang tersurat dan tersirat di hatiku ini. Bagiku, hati ini milik Allah. Hanya DIA yang berhak merubah dan mengubah perasaan yang timbul dalam hatiku ini. Jika Allah takdirkan jodohku dengannya, Alhamdulillah, tapi jika Allah takdirkan dia bukan jodohku, aku harus redha. Sebab, tidak semua yang kita inginkan, akan menjadi milik kita. Semuanya rahsia Allah.
Tapi, apa yang aku pasti, aku jatuh hati dengannya sebab perwatakannya. Bagiku, dia seorang yang "low profile". Tidak seperti lelaki di sekeliling ku yang aku kenal, yang aku lihat, aku anggap mereka ni semua high standard. Ops! tidak semua lelaki aku anggap begitu, hanya segelintir sahaja. Di samping itu, aku tertarik dengan senyumannya, sweet... Hehe. Mungkin perkenalan kami singkat. Kenal melalui laman sosial Facebook dan WhatsApp, tetapi dengan perkenalan yang singkat itulah membuatkan hatiku tertarik padanya. Walaupun sepanjang perkenalan kami, kami hanya berjumpa sekali sahaja. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas pertemuan itu. Mungkinkah akan ada pertemuan kali kedua?? Ops! maksud aku bukan berjumpa berdua sahaja, tetapi pertemuan yang berlandaskan syariat yang ditetapkan. Wallahuallam..
Ya Allah, setiap perasaan suka, sayang dan cinta yang ada dalam hatiku ini semuanya datang dari-Mu Ya Allah. Engkau yang hadirkan perasaan ini dalam hatiku. Aku cuba untuk menghilangkan perasaanku ini, tetapi aku tidak kuat Ya Allah. Aku tidak kuat untuk melawan hawa nafsu ini. Hanya padamu aku berserah, hanya pada-Mu aku mohon pertolongan. Bantulah aku, bimbinglah aku ke jalan yang diredhai-Mu Ya Allah.
Hanya dia Ya Allah, hanya dia yang bertakhta di hatiku tika ini, saat ini. Pintaku pada-Mu, sekiranya dia jodohku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Satukanlah hatiku dengannya, satukanlah hatiku dalam satu ikatan yang sah, yang diredhai oleh-Mu Ya Allah. Permudahkanlah urusan kami berdua Ya Allah. Hanya Engkau yang mengetahui apa yang terbaik untuk kami berdua. Adakah dia permata yang aku cari selama ini?? Sekiranya dia lah "Permata" yang aku cari selama ini, aku bersyukur kehadrat-Mu Ya Allah. Seperti dalam lagu "Permata Yang Di Cari"
Andai dia mengetahui isi hatiku ini, alangkah bahagianya aku. Andai dia mengetahui apa yang aku rasa, alangkah bahagianya aku. Andai dia memahami apa yang aku rasa, alangkah gembiranya aku. Adakah akan ada satu keajaiban?? Wallahuallam.. Apa yang pasti, selagi mana aku mampu, aku akan menunggumu. Aku harapkan, penantianku ini terbalas dengan kegembiraan. InsyaAllah..
rienaraib
Rabu / 04 November 2015
12.07 pm
Andai dia mengetahui isi hatiku ini, alangkah bahagianya aku. Andai dia mengetahui apa yang aku rasa, alangkah bahagianya aku. Andai dia memahami apa yang aku rasa, alangkah gembiranya aku. Adakah akan ada satu keajaiban?? Wallahuallam.. Apa yang pasti, selagi mana aku mampu, aku akan menunggumu. Aku harapkan, penantianku ini terbalas dengan kegembiraan. InsyaAllah..
rienaraib
Rabu / 04 November 2015
12.07 pm


